KEINDAHAN WARNA BUNGA

KEINDAHAN WARNA BUNGA
Bunga adalah sebahagian daripada keindahan alam yang mampu membawa kita kepada perasaan gembira, sehingga ia sering dikaitkan dengan perasaan kasih sayang, bersyukur dan juga dukacita.

Bunga masih sangat dipakai pada hari pertunangan, pesta, pernikahan dan juga kelahiran anak. Ianya juga sering digunakan untuk menunjukkan simbol cinta, kesehatan dan umur yang panjang. Bunga juga diletakkan di kuburan orang yang dicintai sebagai tanda berkabung dan hormat.

Bunga dipakai dalam perayaan hari kebesaran, kemerdekaan, menyambut orang kenamaan dan juga menghormati pahlawan sebagai simbol penghargaan dan sukacita. Sesuatu perayaan yang tidak dihiasi dengan bunga akan terasa hambar dan kurang ceria.

Ada beberapa jenis bunga yang dianggap bernilai kerana dipercayai memiliki pengaruh dan keistimewaan tertentu. Nilai dan makna bunga selalu dikaitkan dengan bentuk, warna, bau, lagenda, mitos atau kepercayaan tertentu.

Bunga juga digunakan sebagai penghias meja rumah makan, ruang tamu, ruang restoran, ruang hotel dan sebagainya untuk menyemarakkan suasana. Ruang yang dihiasi bunga mampu melahirkan perasaan tenang dan damai.

Warna bunga melambangkan sesuatu kepada penggemarnya:

  • Putih dianggap melambangkan kesucian, kepercayaan, kejujuran dan berkabung. 
  • Kuning melambangkan kebencian, dukacita dan kesedihan.
  • Hitam melambangkan dukacita, kesungguhan hati, dan kesedihan.
  • Biru pula melambangkan kesetiaan dan perenungan yang dalam.
  • Merah melambangkan asmara, kemasyhuran, nafsu amarah, daya atau hasrat yang kuat.
  • Emas melambangkan kemegahan dan kekuasaan manakala perak pula melambangkan kepercayaan yang teguh.








Artikel Yang Disukai :



 
Copyright © tanaman hias | Powered by Blogger | Template by Blog Go Blog